Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Ditawarkan Secara Rasmi Bermula Hari Ini

Xiaomi Malaysia hari ini secara rasminya telah mula menawarkan Redmi 5 dan Redmi 5 Plus. Harga jualannya adalah sama seperti yang telah diumumkan pengedar tempatan sebelum ini, iaitu Redmi 5 pada harga RM679, dan Redmi 5 Plus pula pada harga RM749.

Kedua-dua telefon pintar ini menggunakan rekaan skrin pada nisbah 18:9, sekaligus membolehkan lebih ramai pengguna untuk mendapatkan peranti dengan skrin seumpamanya pada harga kompetitif.

Redmi 5 hadir dengan skrin 5.7-inci, cip Snapdragon 450, memori 3GB Ram Dan Storan 32GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Redmi 5 Plus turut menawarkan kamera lebih kurang sama, tetapi hadir dengan skrin 5.99-inci, cip Snapdragon 625, memori 3GB RAM, dan storan 32GB.

Kedua-duanya boleh didapati dari pengedar tempatan, dan juga kedai rasmi Xiaomi Bermula Hari Ini.

Xiaomi turut mengatakan yang mana Redmi 5 dengan 2GB RAM dan 16GB storan, serta Redmi 5 Plus dengan 4GB RAM dan 64GB storan akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Beli : Redmi 5

Beli : Redmi 5 Plus



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Ditawarkan Secara Rasmi Bermula Hari Ini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×