Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Huawei Mempatenkan Jam Tangan Pintar Dengan Kaedah Interaksi Serba Baru

Skrin pada Jam Tangan Pintar boleh dikatakan bersaiz kecil dan agak sukar untuk dikawal dengan sesentuh. Untuk mengatasi perkara berkenaan, kini Huawei dilihat mempatenkan satu teknologi baharu, membolehkan jam tangan pintar dikawal dengan isyarat diatas jam berkenaan tanpa menyentuh skrin jam anda.

Huawei - Jam Tangan Pintar001

Daripada gambaran yang dikongsikan, jam tangan pintar Huawei ini boleh di kawal dengan isyarat tangan di atas jam berkenaan ataupun dengan menyentuh pada belakang tapak tangan. Langkah ini membolehkan pengguna membuat interaksi dengan jam berkenaan tanpa perlu menyentuh skrin yang bersaiz kecil.

Selain daripada itu pengguna juga mungkin boleh menulis pada tangan, dan jam tangan pintar berkenaan boleh mengenal-pasti apa yang cuba anda sampaikan.

Seperti biasa, buat masa ini ia sekadar pemfailan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada Huawei akan menggunakannya pada produk akhir mereka ataupun sebaliknya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Huawei Mempatenkan Jam Tangan Pintar Dengan Kaedah Interaksi Serba Baru

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×