Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Thermaltake Memperkenalkan Aplikasi Yang Membolehkan Anda Mengawal Bekalan Kuasa Menggunakan AI

Thermaltake, jenama pembuat perkakasan komputer seperti rangka komputer, Bekalan Kuasa dan aksesori gaming kini hadir dengan sebuah aplikasi yang membolehkan anda mengawal bekalan kuasa Thermaltake, disamping mengubahsuai beberapa tetapan dan juga melihat status bekalan kuasa tersebut.

Aplikasi ini dinamakan DPS G Mobile App, dan melaluinya, anda boleh melihat butiran mengenai bekalan kuasa anda, seperti sejarah kecekapan, nilai voltan, jumlah masa penggunaan bekalan kuasa, suhu CPU dan GPU, dan juga kebolehan untuk mengubahsuai warna dan corak RGB bekalan kuasa.

Aplikasi ini juga hadir dengan ciri baru yang dinamakan AI Voice Control, yang membolehkan anda menutup bekalan kuasa, kawalan khusus untuk nyalaan RGB dan juga mengubahsuai kelajuan kipas bekalan kuasa tersebut dan lain-lain menggunakan suara anda.

Selain dari itu, Thermaltake juga memperkenalkan ciri Smart Power Management yang mengumpul maklumat mengenai penggunaan bekalan kuasa anda, dan akan menyusun data tersebut untuk bacaan mudah.

Thermaltake menyatakan bahawa ciri AI Voice Control ini hanya boleh digunakan dengan bekalan kuasa Thermaltake Toughpower iRGB PLUS Titanium/Platinum melalui aplikasi DPS G untuk iOS. Mereka berkata bahawa kemaskini ciri tersebut untuk aplikasi Android akan hadir tidak lama lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Thermaltake Memperkenalkan Aplikasi Yang Membolehkan Anda Mengawal Bekalan Kuasa Menggunakan AI

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×