Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Mungkin Membatalkan Hasrat Meletakkan Bar URL Pada Bahagian Bawah Di Chrome

Google pada tahun lepas Telah menguji aplikasi Chrome dengan meletakkan bar alamat URL pada bahagian bawah dan bukannya di atas seperti pada hari ini. Melaluinya, ia ingin memudahkan pengguna membuat input alamat atau carian kata kunci dengan lebih pantas – terutamanya pada peranti berskrin besar.

Chrome Beta

Namun, kini beberapa laporan awal hadir mengatakan Google mungkin akan membatalkan pengenalan ciri berkenaan. Daripada penemuan Android Police, pembangunan berkenaan dilabelkan telah dihentikan, dan eksperimen “Chrome Home” ini ditamatkan buat masa ini.

Versi pembangunan terbaru Chrome juga dilihat telah mematikan ciri berkenaan dan tidak lagi aktif seperti sebelum ini.

Chrome Beta

Pihak Google masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini. Mungkinkah Google telah membatalkan projek ini, atau mereka sedang berkira-kira untuk hadir dengan sebuah projek ganti baru untuknya dengan konsep lebih baik?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Mungkin Membatalkan Hasrat Meletakkan Bar URL Pada Bahagian Bawah Di Chrome

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×