Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Antaramuka Untuk Mematikan Sistem Memperlahankan iPhone Pada iOS 11.3 Diperlihatkan Oleh Apple

Apple mengesahkan mereka akan memberikan kebebasan kepada pengguna untuk Mematikan Sistem yang memperlahankan iPhone apabila peranti mengesan bateri tidak lagi beroperasi secara optimum.

Kemaskini iOS 11.3 kini sedang menjalani ujian Beta dan Apple telah berkongsi antaramuka pilihan baru Battery Health yang diakses menerusi skrin tetapan. Di dalam Battery Health pemilik boleh melihat tahap “kesihatan” bateri iPhone mereka bersama dengan notifikasi mengatakan peranti berfungsi secara optimum.

Seterusnya jika bateri mula mengalami masalah, notifikasi akan dipaparkan bahawa peranti telah diperlahankan bagi memastikan ia tidak akan Mati Secara Rawak. Pemilik kemudian boleh memilih untuk mematikan sistem ini. Selepas dimatikan ia tidak boleh diaktifkan semula sehingga masalah mati secara rawak berlaku sekali lagi.

Apabila kesihatan bateri tidak dapat disukat pula, muncul pula notifkasi yang mengesyorkan pemilik menggantikan bateri. Kesemua fungsi ini dan banyak lagi akan boleh diakses pengguna iPhone apabila iOS 11.3 dijangka diberikan sekitar bulan Mac 2018



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Antaramuka Untuk Mematikan Sistem Memperlahankan iPhone Pada iOS 11.3 Diperlihatkan Oleh Apple

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×