Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Telegram Ingin Membolehkan Pengguna Log Masuk Web Lain Menggunakan Akaun Telegram

Telegram hari ini telah memperkenalkan aplikasi versi baru, iaitu Telegram Messenger 4.8 – sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri baru bersama-sama dengannya.

Apa yang menariknya, salah satu ciri baru yang disertakan adalah sokongan dinamakan Telegram Login Widget.

Melaluinya, ia akan membolehkan pengguna Log Masuk ke mana-mana web atau perkhidmatan lain dengan menggunakan akaun Telegram. Ia boleh dikatakan seumpama Facebook Connect pada pelbagai web pada hari ini.

Untuk tujuan log masuk ini, apabila anda melihat sokongan berkenaan pada sebarang web – anda boleh klik log masuk, dan memasukkan nombor telefon anda. Ia seterusnya akan mengesahkan penggunaan anda melalui aplikasi Telegram, dan log anda masuk ke perkhidmatan pihak ketiga berkenaan. Pihak Telegram turut menekankan yang mana informasi seperti nombor telefon tidak dihantar kepada pemilik web berkaitan, dan hanya informasi asas seperti nama sahaja.

Selain daripada itu, kemaskini baru ini turut membolehkan anda strim kandungan video tanpa perlu memuat-turunnya sehingga habis terlebih dahulu, selain sokongan tema gelap secara automatik.

Muat-Turun Telegram untuk Android

Muat-Turun Telegram untuk iOS



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Telegram Ingin Membolehkan Pengguna Log Masuk Web Lain Menggunakan Akaun Telegram

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×