Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Mempatenkan Algoritma Untuk Meramal Tahap Kekayaan Anda

Facebook pada hari ini mempunyai sejumlah data Pengguna seluruh dunia, termasuk dari segi penggunaan internet, tahap pendidikan, dan sebagainya. Kini, melalui paten baru yang didaftarkan oleh gergasi laman sosial berkenaan, ia dilihat mereka ingin menghimpunkan pelbagai data pengguna, sekaligus meramalkan status sosio-ekonomik seseorang pengguna.

Melalui Algoritma Khusus Ini, ia akan menghimpunkan sejumlah informasi termasuk seperti umur, peranti digunakan, tahap pendidikan, pemilikkan rumah, kadar percutian ke luar negara dan sebagainya – seterusnya meramalkan tahap pendapatan dan sebagainya.

Seperti ramai sedia maklum, pengguna mungkin tidak selesa untuk memberikan data pendapatan tahunan mereka – dan Facebook mencuba kaedah algoritma khusus ini untuk meramalkannya.

Dengan mempunyai data tahap pendapatan seseorang pengguna, ia sekaligus akan membolehkan Facebook untuk memaparkan iklan yang lebih relevan kepada seseorang – sekaligus meningkatkan kadar interaksi pengguna dengan iklan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah algoritma dan sistem baru ini akan diimplementasikan – atau sekadar kekal sebagai paten semata-mata.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Mempatenkan Algoritma Untuk Meramal Tahap Kekayaan Anda

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×