Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

AirAsia Melancarkan F.A.C.E.S – Sistem Daftar Masuk Penerbangan Dengan Imbasan Wajah

Memasuki sesi penerbangan boleh dikatakan agak kurang menyenangkan kerana perlu melalui pelbagai fasa pemeriksaan sebelum dapat menaiki pesawat. Semasa melalui fasa pemeriksaan ini, pengguna juga perlu mengesahkan beberapa dokumen seperti Pas Penerbangan Dan pasport yang sedikit memakan masa.

Untuk memudahkan perjalanan pengguna, AirAsia ingin mengurangkan masa pemeriksaan ini melalui Sistem Fast Airport Clearance Experience System atau dikenali sebagai F.A.C.E.S.

Secara amnya, pengguna perlu melalui 4 fasa sebelum menaiki pesawat.

  1. Daftar masuk (dapat dikurangkan sekiranya anda sudah mendaftar secara online dan tidak membawa bagasi)
  2. Pemeriksaan daripada anggota lapangan terbang
  3. Pemeriksaan imigresen
  4. Pemeriksaan pas penerbangan dan pasport di pintu perlepasan

Dengan F.A.C.E.S, ia mengurangkan satu fasa pemeriksaan terakhir iaitu ketika berada di pintu perlepasan. Pengguna tidak lagi perlu mengeluarkan pas penerbangan dan pasport, dengan hanya membuat imbasan muka pada kamera biometrik yang tersedia.

Tetapi sebelum anda dapat menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar wajah anda pada kiosk F.A.C.E.S terlebih dahulu bersama maklumat seperti pasport (atau MyKad) dan maklumat penerbangan. Untuk menguatkan keselamatan, anda juga diminta untuk membuat pengesahan melalui Passenger Reconciliation System (PRS) yang diiringi oleh pegawai Lapangan Terbang, AVSEC. Selepas proses pendaftaran selesai, anda hanya melalui fasa penerbangan seperti biasa namun tidak lagi perlu menjalani permeriksaan di pintu perlepasan.

Menariknya, sistem pendaftaran wajah F.A.C.E.S ini hanya dilakukan sekali sahaja mengikut tempoh sah pasport anda – walaupun anda menjalani sesi pernerbangan AirAsia yang lain. Sekiranya tempoh pasport anda tamat, anda perlu membuat pendaftaran F.A.C.E.S yang baru.

Selepas anda mendaftarkan wajah anda pada sistem F.A.C.E.S, fasa penerbangan AirAsia anda akan jadi seperti ini.

  1. Daftar masuk (dapat dikurangkan sekiranya anda sudah mendaftar secara online dan tidak membawa bagasi)
  2. Pemeriksaan standard daripada anggota lapangan terbang
  3. Pemeriksaan standard imigresen
  4. Hanya melakukan imbasan muka di pintu perlepasan

Sistem ini dijayakan sistem pengimejan sekuriti daripada Gunnebo, iaitu syarikat yang membangunkan perkakasan sekuriti dari Sweden. Kamera yang hadir pada sistem F.A.C.E.S ini dikatakan akan merakam sekitar 100 titik wajah pengguna (dengan kadar maksimum 180 titik) melalui inframerah, untuk memudahkan pengecaman wajah anda dalam pelbagai situasi. Tidak kira anda memakai sesuatu di wajah anda, kamera ini akan membaca wajah anda dan membuat pengesahan secara pantas.

Buat masa ini, sistem F.A.C.E.S hanya ditawarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor atas keterbukaan lapangan terbang ini untuk menggunakan sistem ini. Untuk lokasi lain, pihak AirAsia masih mendapatkan peluang untuk mengimplementasikannya dan sangat mengalu-alukan pihak lapangan terbang lain untuk bekerjasama dalam membangunkan sistem ini.

Sistem F.A.C.E.S ini boleh dinikmati para penumpang tempatan dan antarabangsa AirAsia (termasuk wanita mengandung) yang berumur 18 tahun dan ke atas, dengan ketinggian dari 145 cm ke 190 cm. Namun sistem ini tidak ditawarkan kepada pengguna yang membawa anak kecil, golongan yang menggunakan alat bantuan tambahan, dan individu di bawah umur yang terbang secara bersendirian, sekaligus perlu menjalani sesi pemeriksaan seperti biasa.

Jadi bagi anda yang melakukan penerbangan dari Senai, Johor, anda boleh mencubanya bermula hari ini dan menikmati sesi pemeriksaan penerbangan yang pantas melalui penggunaan teknologi terkini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

AirAsia Melancarkan F.A.C.E.S – Sistem Daftar Masuk Penerbangan Dengan Imbasan Wajah

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×