Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kaca Mata Pintar Intel Vaunt Memancarkan Imej Terus Ke Retina Mata

Google Glass dari Google dan Snap Spectacles dari Snapchat adalah antara Kaca Mata pintar yang gagal. Intel pula mahukan kaca pintar yang kelihatan seperti kaca mata biasa tetapi mempunyai fungsi seakan Google Glass.

Vaunt ialah kaca mata daripada Intel seakan Google Glass tetap tanpa kamera dan semua sensor serta elektronik dimuatkan di dalam rangka kaca mata tersebut. Vaunt tidak mempunyai sebarang kawalan seperti menatal pada rangka, tiada skrin, tiada pembesar suara dan juga mikrofon. Mereka yang memakai Vaunt akan kelihatan seperti memakai kaca mata biasa.

Segala maklumat atau data akan dipancarkan terus ke retina dengan laser kelas pertama yang menggunakan kuasa yang rendah. Informasi dan data itu dipancarkan dalam warna merah dan monokrom dengan resolusi 400 x 150 piksel. Data atau informasi yang dipancarkan kepada pengguna boleh memberi notifikasi, memberi resipi memasak apabila berada di dapur atau memberi peringatan akan tarikh hari lahir seseorang. Disebabkan imej yang dipancarkan terus kepada retina, imej itu sentiasa terfokus tajam.

Vaunt boleh berfungsi dan memberi ciri-ciri ini kerana masih lagi mempunyai cip Bluetooth, accelorometer dan juga cip pemprosesan. Cara kawalan Vaunt adalah dengan menganggukkan kepala. Ini kerana Intel mahukan pengguna Vaunt mengawalnya dengan cara kehidupan biasa tanpa ada sebarang kawalan yang sukar.

Kaca mata pintar Vaunt ini masih lagi pada fasa pembangunan, jadi masih tidak diketahui lagi bila akan dipasarkan. Intel tidak memberi sebarang komen mengenai kerjasama dengan mana-mana syarikat luar, tetapi berkemungkinan Intel akan memasarkan Vaunt dengan sendiri.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kaca Mata Pintar Intel Vaunt Memancarkan Imej Terus Ke Retina Mata

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×