Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

5 Powerbank Menarik Dengan Sokongan Pengecasan Pantas Untuk Peranti Anda

Tidak semua Telefon Pintar mempunyai jumlah bateri yang besar dan mampu tahan lama. Ini akan membuatkan telefon pintar anda tidak mampu bertahan penggunaan sepanjang hari, dan memerlukan anda mengecas ia pada bila-bila masa terluang. Sekiranya anda sukar untuk menemui palam kuasa, salah satu kaedah mudah mengecas peranti anda dengan menggunakan powerbank yang boleh didapati dengan meluas pada hari ini. Pada artikel kali ini, kami senaraikan beberapa powerbank menarik yang hadir dengan sokongan pengecasan pantas.

BAOZU M1 Smart Powerbank

Powerbank ini adalah salah satu powerbank yang menarik untuk didapati. Hal ini kerana powerbank ini menyokong hampir semua jenis pengecasan pantas. Mempunyai kuasa sebesar 10000mAh, power bank ini dikatakan mampu mengecas telefon pintar dengan teknologi DASH, SuperCharge, Quick Charge dan juga Adaptive Fast Charging. Anda boleh dapatkan powerbank ini pada serendah RM139 melalui Shopee.

Beli : Baozu M1 Smart Powerbank

Huawei Super Charge Powerbank

Jika anda pengguna telefon pintar Huawei dan tidak menggunakan telefon pintar lain powerbank ini adalah sesuai untuk anda. Powerbank ini menyokong SuperCharge iaitu teknologi pengecasan pantas Huawei yang terdapat pada Huawei Mate 9, Huawei P10 dan juga yang terkini Huawei Mate 1o Pro. Jika anda ingin memiliki powerbank ini dapatkan ia melalui penjual rasmi pada harga RM199.

Beli : Huawei SuperCharge Powerbank

Mi Powerbank 2 20000mAh

Bagi pengguna tegar telefon pintar yang asyik menghabiskan bateri pada kadar masa yang singkat dan memerlukan powerbank dengan jumlah kuasa yang banyak, Mi Powerbank 2 20000mAh ini untuk anda. Powerbank ini mempunyai sokongan Quick Charge 3.0 dan juga rekaan yang kompak. Anda boleh Beli powerbank ini di laman rasmi Xiaomi di Lazada pada harga RM159.

Beli : Mi Powerbank 2 20000mAh

Tronsmart Edge 20000mAh

Powerbank apa pula yang sesuai jika anda mempunyai banyak peranti? Kami mencadangkan powerbank Tronsmart Edge dengan jumlah simpanan kuasa 20000mAh. Apa yang menarik pada powerbank ini ialah ia menyokong USB-Power Delivery (USB-PD) melalui USB-C. USB-PD ialah teknologi pengecasan generasi baru, yang digunakan pada telefon pintar seperti Google Pixel 2 dan juga pada komputer riba seperti Macbook Pro model baharu. Harga di laman rasmi Tronsmart Lazada ialah RM249.

Beli : Tronsmart Edge 20000mAh

Mi Powerbank 2 10000mAh

Jika anda rasa semua powerbank yang kami senaraikan di atas mahal, maka Mi Powerbank 2 10000mAh ini boleh anda miliki pada harga RM85 melalui laman rasmi Xiaomi di Lazada. Powerbank ini mempunyai rekaan nipis dan tampak premium dengan binaan logam. Ia juga mampu mengecas pada kadar laju iaitu 18 Watt (18W) – hampir dengan Quick Charge 3.0. Powerbank ini juga ringan dan ianya mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja.

Beli : Mi Powerbank 2 10000mAh



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

5 Powerbank Menarik Dengan Sokongan Pengecasan Pantas Untuk Peranti Anda

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×