Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Yahoo! Akan Menamatkan Sokongan Untuk Pelancar Android, Aviate Pada Mac 2018

Yahoo merupakan salah satu syarikat gergasi internet suatu ketika dahulu, dan mempunyai pelbagai penawaran dibawah mereka. Salah satu yang ditawarkan sejak 2014 yang lepas adalah Pelancar khusus untuk Android dinamakan Aviate.

Aviate menarik kandungan dan info daripada pelbagai aplikasi termasuk emel dan kalendar, dan memaparkannya dalam kaedah interaktif kepada pengguna. Disamping itu, ia turut memaparkan ringkasan berita melaluinya.

Apa pun, kini Yahoo! dalam memfokuskan kepada beberapa penawaran utama, mereka telah pun mengumumkan yang mana akan menamatkan sokongan untuk Pelancar Aviate Ini.

Bermula 8 Mac 2018 kelak, pelancar Aviate ini tidak lagi akan disokong atau menerima sebarang kemaskini. Pengguna juga tidak akan melihat sebarang kandungan baru pada Aviate selepas tarikh berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan Aviate, mungkin sudah tiba masanya untuk beralih kepada pelancar yang lain. Yahoo mengatakan mereka akan menggunakan teknologi dan kelebihan daripada Aviate pada beberapa projek yang lain.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Yahoo! Akan Menamatkan Sokongan Untuk Pelancar Android, Aviate Pada Mac 2018

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×