Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mesin Pencetak HP Kini Menyokong Kawalan Suara Menggunakan Pembantu Maya

Penggunaan kawalan suara semakin meningkat kerana ia semakin bijak memahami arahan yang diberi. Google Assistant, Alexa Dan Cortana adalah tiga pembantu maya di pasaran yang boleh memahami kawalan suara pengguna. Bagi pemilik Mesin Pencetak HP, kini mereka boleh memberikan arahan mencetak dengan hanya melakukan arahan suara menerusi sistem Voice-Activated Printing.

Mesin pencetak berhubung web HP boleh dikawal menggunakan Google Assistant, Alexa dan Cortana menerusi beberapa speaker pintar. Ini ialah langkah pertama HP untuk menghasilkan mesin pencetak pintar yang mampu memahami arahan suara pengguna. Di masa hadapan fungsi memahami arahan adalah akan secara terbina tanpa memerlukan sokongan pembesar suara pintar.

Selain melakukan cetakan, pengguna turut boleh melakukan semakan status dakwat yang tinggal pada mesin pencetak. Pemintaran objek harian tidak dapat dielakkan dan di masa hadapan kesemua peranti elektronik akan berhubung di antara satu sama lain.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Mesin Pencetak HP Kini Menyokong Kawalan Suara Menggunakan Pembantu Maya

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×