Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Bersetuju Membayar Lesen Kepada Immersion Untuk Menyelesaikan Saman Teknologi 3D Touch

Pada Februari 2016, Immersion memfailkan saman ke atas Apple. Ini adalah kerana sistem 3D Touch, Force Touch dan Taptic Engine yang ditemui pada iPhone 6S, Apple Watch serta MacBook 2015 dipercayai menggunakan teknologi Timbal Balas Haptik Immersion tanpa kebenaran.

Selepas hampir dua tahun, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan isu ini di luar mahkamah. Apple akan Membayar Lesen Kepada Immersion bagi menggunakan teknologi timbal balas haptik mereka. Pengumuman persetujuan ini dilakukan menerusi laman rasmi Immersion. Tiada maklumat mengenai bayaran yang dilakukan oleh Apple diumumkan.

Sebelum ini pada tahun 2002 Immersion turut berjaya membuktikan teknologi mereka digunakan tanpa kebenaran pada produk Sony dan Microsoft. Ini menyebabkan Sony tidak menyertakan fungsi gegaran pada pengawal Dual Shock PlayStation 3. Ia hanya dikembalikan dan terus digunakan selepas Sony dan Immersion menandatangani persetujuan pada tahun 2007.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Bersetuju Membayar Lesen Kepada Immersion Untuk Menyelesaikan Saman Teknologi 3D Touch

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×