Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Iflix Akan Menawarkan Penstriman Secara Langsung Perlawanan Liga Super, Liga Premier, Piala FA Dan Piala Malaysia

Bola sepak dikatakan adalah sukan rakyat dengan jutaan peminat di seluruh negara. Namun tidak semua berpeluang menonton Perlawanan Bola Sepak Secara Langsung. Oleh itu menstrim perlawanan secara langsung ialah alternatif yang terbaik. Football Malaysia LLP dan iflix hari ini mengumumkan kerjasama untuk melancarkan saluran khas “Football Malaysia on iflix”.

Di dalam saluran ini penonton boleh menstrim secara langsung perlawanan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Langsung. Empat perlawanan Liga Super akan ditawarkan setiap minggu manakala beberapa perlawanan terpilih ditawarkan untuk Liga Premier. Kesemua perlawanan di dalam pusingan Piala Malaysia dan Piala FA turut boleh distrim. Menarik sekali kesemuanya boleh distrim secara percuma menerusi iflix bermula dari 3 Februari ini.

Selain perlawanan secara langsung, pengguna turut boleh menonton semula sorotan perlawanan, temuramah dengan pemain serta kandungan tambahan bertemakan bola sepak. Pengerusi Football Malaysia LLP, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berharap dengan akses kepada siaran langsung secara percuma ini, ia akan menyatukan penyokong bola sepak Malaysia sekaligus mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Malaysia.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Iflix Akan Menawarkan Penstriman Secara Langsung Perlawanan Liga Super, Liga Premier, Piala FA Dan Piala Malaysia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×