Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hargapedia Membolehkan Anda Membandingkan Harga Barangan Runcit Di Pasaraya Terkemuka

Dengan pelbagai promosi harian yang berlaku pada masa kini, semestinya anda inginkan tawaran terbaik dan termurah ketika membeli pelbagai barangan, terutamanya Barangan Runcit – sekaligus menjimatkan lagi perbelanjaan isi rumah anda.

Untuk tujuan berkenaan, kini salah satu aplikasi baru yang hadir adalah Hargapedia. Hargapedia ditawarkan untuk Android dan iPhone, dimana menggunakannya anda boleh menyemak harga barangan runcit pada masa semasa, dan membandingkan ia dengan mudah pada pelbagai pasaraya utama.

Menggunakan aplikasi Hargapedia, anda boleh melakukan carian sesuatu barangan runcit, dan terus membandingkan harga daripada beberapa pasaraya. Disamping itu, anda juga turut boleh mengakses katalog, serta menggunakan aplikasi berkenaan untuk membandingkan pelbagai promosi semasa yang sedang berlaku di pasaraya.

Hargapedia

Hargapedia

Daripada pengamatan kami, Hargapedia meliputi pelbagai pasaraya utama, trmasuk NSK, Aeon Big, Tesco, Mydin, Giant, Econsave, dan turut meliputi beberapa farmasi seperti Guardian dan Watsons.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma hari ini, dan mencubanya sendiri dalam membandingkan harga barangan runcit sebelum membelinya.

Muat-Turun Hargapedia untuk Android

Muat-Turun Hargapedia untuk iPhone



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Hargapedia Membolehkan Anda Membandingkan Harga Barangan Runcit Di Pasaraya Terkemuka

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×