Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Mi Box 4 Dan 4C Dilancarkan Dengan Rekaan Lebih Kecil

Xiaomi hari ini telah melancarkan dua model baru untuk Mi Box mereka. Xiaomi Mi Box 4 dan Mi Box 4C yang dilancarkan ini mempunyai saiz lebih kecil dan rekaan luaran yang kurang melengkung berbanding Mi Box sebelum ini.

Dari segi spesifikasi Mi Box 4 masih lagi menggunakan pemproses 1.5 GHz empat teras Amlogic Cortex-A53, memori sebesar 2GB Ram Dan storan sebesar 8 Gigabyte. Ia mampu memaparkan video pada resolusi 4K HDR. Terdapat sokongan video H.265, HDR10, Dolby Audio dan DTS-HD.

Sebuah alat kawalan jauh disertakan dengan sokongan kawalan suara. Sebuah output HDMI dan USB-A disertakan pada bahagian belakang. Di atas kertas tiada kemaskini dilakukan pada komponen dalaman Mi Box 4 berbanding Mi Box 3S sebelum ini.

Mi Box 4C ialah model lebih murah dengan perbezaan memori hanya sebesar 1GB RAM dan sokongan audio terhad kepada DTS-HD. Kedua-dua model mempunyai rekaan tubuh 95 x 95 x 16 mm dan berat 146 gram. Xiaomi Mi Box 4 dijual pada harga RMB 349 (~RM 214) manakala Mi Box 4C pula pada harga RMB 249 (~RM 153).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Mi Box 4 Dan 4C Dilancarkan Dengan Rekaan Lebih Kecil

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×