Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Honor View 10 Mula Menerima Fungsi Nyah-Kunci Menggunakan Wajah

Seperti yang telah dijanjikan oleh pihak Honor minggu lalu, Honor View 10 mula menerima kemaskini sistem nyah-kunci menggunakan Wajah atau lebih dikenali sebagai Face Unlock. Pemilik peranti ini akan menerima Fungsi yang semakin popular ini selepas melakukan kemaskini perisian secara OTA.

Menerusi fungsi terbaru ini, peranti akan dinyahkunci terus ke muka hadapan tanpa sebarang input dari pengguna selepas wajah diimbas. Turut disertakan ialah fungsi Smart Notification yang hanya menunjukkan kandungan notifikasi pada skrin terkunci apabila mengesan wajah pemilik.

Smart Rotate ialah sebuah lagi fungsi yang diberikan. Paparan skrin akan berputar mengikut orientasi wajah pengguna. Skrin akan terpasang secara automatik apabila diangkat sama seperti Rise To Wake pada iPhone. Dengan pengenalan fungsi baru ini, pengguna View 10 dapat menikmati fungsi-fungsi premium walaupun ia sebuah peranti utama yang mampu milik.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Honor View 10 Mula Menerima Fungsi Nyah-Kunci Menggunakan Wajah

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×