Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Telekom Malaysia Ingin Menambah Lebih 100,000 Hotspot Unifi WiFi Pada Tahun Ini

Telekom Malaysia, melalui pengenalan jenama Unifi, mereka menyatukan sejumlah penawaran dalam usaha memudahkan pengguna kekal berhubung sama ada melalui talian tetap, talian mudah-alih, mahupun melalui Wifi.

Unifi Wifi

Bercakap mengenai Wifi sendiri, TM menyediakan penawaran dinamakan Unifi Wifi yang ditawarkan secara percuma untuk pengguna (buat masa ini). Melaluinya, anda boleh menggunakannya untuk melakukan tugasan atau terus kekal berhubung di sesetengah lokasi.

Pada hari ini sendiri, ia mempunyai hampir 10,000 hotspot di seluruh negara – dan bercakap mengenainya, Telekom Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan ia kepada lebih 100,000 menjelang penghujung tahun 2018 ini.

Disamping itu, TM turut mengatakan yang mana kini lebih 1 juta pelanggan mengggunakan dan telah berhubung ke arena internet melalui Unifi WiFi ini.

Anda boleh menyemak penawaran Unifi Wifi dikawasan berdekatan anda dengan menyemaknya melalui aplikasi khusus yang disediakan untuknya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Telekom Malaysia Ingin Menambah Lebih 100,000 Hotspot Unifi WiFi Pada Tahun Ini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×