Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Maybank QRPay Dilancarkan Untuk Android Dan iPhone – Mudahkan Penjual Menerima Bayaran

Maybank sebelum ini telah memperkenalkan integrasi pembayaran menggunakan kod QR pada aplikasi mudah-alih utama mereka, sekaligus memberikan akses kepada jutaan pengguna Maybank untuk menggunakannya dalam membuat pembayaran di lokasi yang menyokong Maybank Qrpay.

Buat masa ini, Maybank QRPay digunakan di Menara Maybank dan UMS, tetapi perkara berkenaan akan berubah bermula hari ini.

Hari ini, Maybank telah menerbitkan aplikasi Maybank QRPay untuk semua, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja yang memuat-turunnya dan mendaftar akaun menggunakannya.

Menariknya adalah, ia tidak terhad untuk perniagaan dengan lesen SSM sahaja, tetapi anda yang sedia mempunyai akaun Maybank boleh memuat-turun dan menggunakannya untuk menerima pembayaran.

Untuk pelanggan sedia ada Maybank, data akan dimuatkan secara automatik selepas anda memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor SSM, tetapi jikalau anda bukan pelanggan Maybank, maka anda boleh menggunakan Maybank Qrpay Ini dan menghubungkan ia dengan bank-bank lain, seperti CIMB, Bank Rakyat dan sebagainya.

Selepas melalui pendaftaran, anda boleh menjana kod QR khusus anda untuk menerima pembayaran spesifik – atau turut menjana kod QR tetap yang membolehkan sesiapa sahaja mengimbas kod anda dan membuat pembayaran.

Maybank dilihat lebih menyasarkan kepada pengguna perusahaan kecil dan sederhana buat masa ini – termasuk seperti di pasar malam, kedai makan dan sebagainya. Maybank QRPay ini membolehkan para peniaga dan penjual untuk menerima bayaran ke akaun Maybank mereka terus serta-merta, selain melihat transaksi dan sebagainya menggunakan aplikasi khusus ini.

Buat masa ini, Maybank QRPay boleh digunakan secara percuma tanpa caj transaksi selama tempoh tiga bulan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Maybank QRPay ini dan menggunakannya dalam menerima pembayaran dengan lebih mudah dan pantas daripada para pelanggan seluruh negara.

Muat-Turun Maybank QRPay untuk Android

Muat-Turun Maybank QRPay untuk iOS



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Maybank QRPay Dilancarkan Untuk Android Dan iPhone – Mudahkan Penjual Menerima Bayaran

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×