Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

TM Menyasarkan Lebih 1.5 Juta Pelanggan Unifi Home Menjelang Penghujung 2018

Telekom Malaysia pada Jun 2017 yang lepas telah mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih 1 Juta Pelanggan Unifi. Kini, bercakap mengenainya, pihak Telekom Malaysia mengatakan yang Mana Mereka Menyasarkan untuk angka berkenaan mencapai 1.5 juta pelanggan menjelang penghujung 2018 kelak.

Unifi

Unifi sebelum ini telah diperkenalkan pada 2010 yang lepas, dan sejak daripadanya ia telah mula meliputi sejumlah besar kawasan seluruh negara.

Untuk mencapai sasaran ini, TM dilihat mempunyai beberapa perancangan, termasuk pengenalan “Skuad Sempurna Unifi” yang mana akan melakukan promosi dan pemasangan dikawasan-kawasan yang masih mempunyai banyak port Unifi kosong, tetapi isi rumah berkenaan tidak menaik-taraf lagi ke Unifi.

Bersama-sama pengumuman ini, TM turut mengatakan yang mana mereka menyasarkan untuk mencapai lebih 100,000 hotspot untuk Unifi Wifi menjelang penghujung 2018 ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

TM Menyasarkan Lebih 1.5 Juta Pelanggan Unifi Home Menjelang Penghujung 2018

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×