Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Memperkenalkan SSD 860 PRO Dan 860 EVO – Hadir Dengan Storan Sebesar 4TB

Selain daripada telefon, televisyen dan perkakasan rumah, Samsung juga terkenal untuk komponen storan digital cakera keras dan SSD mereka. Malah, boleh dikatakan bahawa storan-storan digital mereka diantara yang terbaik di pasaran sekarang.

Samsung baru-baru ini memperkenalkan siri SSD mereka yang terbaru, iaitu Samsung 860 PRO dan Samsung 860 EVO yang menggunakan 3D V-NAND dengan 64 lapisan dengan cip storan 256Gb dan 512Gb yang hadir dengan storan sehingga 4TB. Ia juga menggunakan pengawal SSD MJX yang membolehkan SSD berkapasiti besar mengekalkan kelajuan yang pantas.

Pilihan storan SSD Samsung 860 PRO termasuklah 256GB, 512GB, 1TB, 2TB dan 4TB, manakala Samsung 860 EVO hadir dengan pilihan storan 250GB, 500GB, 1TB, 2TB dan 4TB.

Dari segi rekaan, Samsung 860 PRO hadir dengan rekaan SSD 2.5 inci sahaja, manakala Samsung 860 EVO pula hadir dengan beberapa rekaan, termasuklah cangkerang 2.5 inci, M.2 dan juga mSATA, yang sesuai digunakan di dalam komputer bersaiz kecil dan laptop.

Samsung 860 PRO dan EVO ini hadir dengan kelajuan membaca dan menulis 560/550 MB/s dan 530/520 MB/s dan juga waranti selama lima tahun.

Dari segi harga pula, Samsung 860 Pro bermula pada harga $140 sehingga $1900, manakala Samsung 860 EVO pula bermula dari harga $100 hinggalah $1400.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Memperkenalkan SSD 860 PRO Dan 860 EVO – Hadir Dengan Storan Sebesar 4TB

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×