Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LaySee – Bantal Yang Direka Untuk Membolehkan Pengguna Cermin Mata Berbaring

Saya telah memakai Cermin Mata sejak berusia sepuluh tahun. Hampir tiga dekad telah berlalu dan kini cermin mata dan kepala seakan sudah bersatu sehingga kami tidak menyedari kewujudannya ketika dipakai. Tetapi satu masalah yang sudah berlarutan selama berdekad lamanya ialah masalah ketika berbaring.

Tangkai dan Bingkai Cermin Mata tidak direka untuk diletakkan di atas bantal ketika berbaring secara sisi. Akibatnya pengguna cermin mata terpaksa mengubah posisi apabila menggunakan bantal. Oleh itu bantal LaySee dihasilkan. Sesuai dengan namanya, bantal ini membolehkan pemakai cermin mata melihat menerusi cermin mata ketika berbaring.

Terdapat alur khas pada bantal untuk memberikan ruang kepada tangkai dan bingkai cermin mata. Berita buruk di sini ialah ia dijual pada harga $99 (~386) sebuah. Bagi mereka yang masih mempunyai mata yang sempurna, sila jaga mata anda sebelum perkara mudah seperti berbaring akan mendatang masalah.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

LaySee – Bantal Yang Direka Untuk Membolehkan Pengguna Cermin Mata Berbaring

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×