Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Twitter Menggunakan Pembelajaran Mesin Untuk Memaparkan Thumbnail Gambar Yang Lebih Menarik

Sebagai pemilik laman web, menggunakan Gambar yang baik akan meningkatkan kebarangkalian pengguna menekan pautan apabila ia dikongsi di laman sosial. Dari pengalaman peribadi, gambar mendatar dengan nisbah 16:9 adalah terbaik kerana akan menunjukkan subjek dengan terang. Sekiranya anda menggunakan Twitter, anda akan menyedari apabila gambar menegak di muat naik, kerap kali thumbnail yang dihasilkan tidak menunjukkan bahagian paling menarik pada gambar.

Twitter menyedari hakikat ini dan telah membangunkan Sistem menghasilkan thumbnail terbaik pada kicauan yang dihantar. Sistem pembelajaran mesin digunakan bagi memaparkan bahagian gambar yang paling terbaik untuk dipaparkan.

Gambar yang dimuat naik akan dianalisis oleh sistem berdasarkan kawasan yang paling menonjol. Biasanya mata manusia lebih tertarik kepada kewujudan individu lain, warna menonjol dan wajah. Sistem ini diprogramkan untuk “melihat” seperti manusia dan mengenal pasti kawasan yang paling menonjol dan relevan. Hasilnya ialah thumbnail yang lebih baik.

Sistem ini sedang dalam proses diaktifkan pada Twitter versi desktop, Android dan iOS. Selepas ini tidak lagi perlu risau memuat naik gambar menegak yang tidak disunting terlebih dahulu.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Twitter Menggunakan Pembelajaran Mesin Untuk Memaparkan Thumbnail Gambar Yang Lebih Menarik

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×