Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Twitter Dilaporkan Sedang Membangunkan Ciri Perkongsian Gambar Dan Video Seumpama Snapchat

Twitter merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan ramai untuk berkongsi pelbagai perkara yang berlaku disekitar mereka dalam bentuk teks 280-aksara, gambar, video, dan sebagainya.

Selain daripada penawaran sedia ada ini, kini Twitter turut dilaporkan sedang membangunkan ciri Perkongsian Gambar Dan video seumpama Snapchat, sekaligus memudahkan lagi perkongsian media pada perkhidmatan mereka.

Menurut Bloomberg, Twitter masih sedang dalam proses membangunkannya, namun rekaan akhirnya masih belum ditentukan. Buat masa ini sendiri, untuk perkongsian video dan gambar boleh dikatakan mengambil beberapa langkah sebelum pengguna boleh kongsikannya. Melalui ciri baru ini kelak, Twitter dijangka memudahkan lagi proses berkenaan, sekaligus meningkatkan lagi perkongsian berbentuk gambar dan video pada platform berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan. Ia dilaporkan masih pada peringkat awal pembangunan, dan mungkin mengalami pelbagai perubahan pada bulan-bulan akan datang.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Twitter Dilaporkan Sedang Membangunkan Ciri Perkongsian Gambar Dan Video Seumpama Snapchat

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×