Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple iPhone X Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM4588

Sebelum ini, kita telah melihat penjual dan pengedar tempatan menawarkan Iphone X pada Harga diskaun, dan terkini ia dilihat mencapai harga yang paling rendah setakat ini, iaitu pada harga RM4588 untuk model iPhone X 64GB.

iPhone X merupakan telefon pintar terbaru daripada Apple, yang hadir dengan rekaan skrin menyeluruh, bahagian atas skrin yang rongak untuk memuatkan sensor kamera, sokongan FaceID untuk nyah-kunci peranti, kalis air, dan beberapa lagi ciri-ciri menarik.

Ia membawakan tanda harga rasmi RM5149, tetapi kini penjual melalui Lazada menawarkan set rasmi Apple Malaysia pada harga RM4588 – sekaligus memperlihatkan diskaun mencapai RM561.

Bagi anda yang tercari-cari iPhone X, anda mungkin boleh menyemak penawaran ini hari ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple iPhone X Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM4588

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×