Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Melancarkan Inverter Untuk Pengecasan Pelbagai Peranti Di Dalam Kenderaan

Bukan lagi rahsia Xiaomi ingin menghasilkan produk-produk yang digunakan dalam kesemua aktiviti harian. Saban tahun pasti ada sahaja produk baru Xiaomi yang sebelum ini tidak dihasilkan oleh syarikat elektronik seperti beg sekolah dan penimbang berat. Terkini mereka melancarkan Inverter elektrik yang digunakan di dalam kenderaan.

Xiaomi Mijia Car Inverter ini mampu membekalkan kuasa sehingga 100W menerusi palam pencucuh rokok kenderaan. Ia hadir dengan satu palam elektrik standard serta dua port pengecasan USB-A (5V/3.1A dan 5V/2.4A). Rekaannya berbentuk silinder bagi memudahkan ia disimpan di dalam pemegang cawan kenderaan.

Dengan adanya inverter yang dijual pada harga RMB 199 (~RM 122) ini, pengguna bukan sahaja boleh mengecas telefon pintar, malah boleh mengecas peralatan lain seperti komputer riba yang memerlukan palam elektrik.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Melancarkan Inverter Untuk Pengecasan Pelbagai Peranti Di Dalam Kenderaan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×