Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

UTM Akan Mula Menggunakan Bas Elektrik Dalam Kampus Bermula 1 Februari

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh dikatakan menerajui beberapa perkara menarik dalam arena teknologi, seperti penggunaan pembayaran nirtunai dan sebagainya. Terkini, ia dilihat mereka turut dalam persediaan untuk mula Menggunakan Bas Elektrik sepenuhnya dalam kampus bermula 1 Februari 2018 kelak.

Projek ini adalah usahasama pihak UTM Skudai bersama COMOS, Maraliner dan juga Go Auto. Mereka dijangka menggunakan bas elektrik berjenama Higer untuk tujuan pengangkutan mesra alam ini.

Bas elektrik ini dijangka akan menggunakan bateri yang boleh dicas penuh dalam masa hanya 20 minit, dan bergerak sehingga 100 kilometer dengan pengecasan penuh.

Dengan langkah UTM ini, kita mungkin akan dapat melihat pelbagai universiti tempatan lain melakukan perkara sama pada tahun ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

UTM Akan Mula Menggunakan Bas Elektrik Dalam Kampus Bermula 1 Februari

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×