Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jam Tangan Guess Connect Menggunakan Android Wear 2.0 Kini Di Malaysia Pada Harga RM1799

Terdapat sejumlah jam tangan pintar berasaskan Android Wear di pasaran Malaysia, dan terkini pihak Guess Malaysia turut telah memperkenalkan jam tangan pintar Guess Connect terbaru untuk pasaran tempatan.

Guess Connect Baru Ini hadir dengan rekaan muka jam bulat 390×390 pixel, dilengkapi skrin sentuh untuk memudahkan input, serta dijana menggunakan Snapdragon Wear 2100. Guess Connect baru ini turut menjalankan Android Wear 2.0 bersama-sama dengannya, sekaligus mengintegrasikan ciri-ciri seperti Google Assistant dan sokongan notifikasi daripada telefon dan sebagainya.

Guess Connect dikatakan menawarkan masa bertahan bateri selama 24 jam, dan boleh digunakan bersama-sama iPhone atau telefon pintar Android.

Dua pilihan saiz ditawarkan, iaitu 41mm dan juga 44mm – yang boleh dipilih berdasarkan kepada saiz tangan seseorang pengguna.

Di Malaysia, Guess Connect telah mula ditawarkan pada harga RM1799, dan pengguna boleh mendapatkannya daripada butik Guess seluruh negara.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Jam Tangan Guess Connect Menggunakan Android Wear 2.0 Kini Di Malaysia Pada Harga RM1799

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×