Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Ingin Memudahkan Dan Membuang Ciri-Ciri Tidak Digunakan Pada Messenger

Facebook pada minggu lepas telah mengumumkan yang mana mereka akan membawa perubahan besar pada News Feed dengan pelbagai kandungan Memfokuskan Kepada perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga. Kini, selain laman utama Facebook, perkhidmatan laman sosial berkenaan turut mengumumkan perubahan pada Facebook Messenger.

Messenger merupakan perkhidmatan permesejan daripada Facebook, dan mempunyai lebih 1.3 bilion pengguna aktif setiap bulan.

Namun, sejak setahun dua lepas, Facebook telah menambah pelbagai ciri-ciri yang membuatkan aplikasi berkenaan “berat” – termasuk ciri seperti permainan, Messenger Day, kesan khas kamera, dan pelbagai perkara lain. Ini sekaligus membuatkan sejumlah pengguna kurang mengemarinya berbanding penawaran asal Messenger.

Kini, untuk tahun ini, Messenger turut akan diberikan perhatian – dimana pelbagai ciri-ciri yang menganggu akan dibuang, dan aplikasi ini kembali akan Memfokuskan Kepada Komunikasi.

Messenger akan memfokuskan kepada komunikasi masa-nyata, Group Chat, selain turut mengatakan akan memudahkan lagi pelbagai syarikat menggunakannya untuk komunikasi sebagai Khidmat Pelanggan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Ingin Memudahkan Dan Membuang Ciri-Ciri Tidak Digunakan Pada Messenger

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×