Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MSI Memperkenalkan Sistem Pencahayaan LED RGB Terbaru Melalui Laptop GE63 Raider RGB Dan GT75VR Titan Pro

Di acara CES 2018, MSI, jenama pembina laptop dan komponen komputer terkemuka dari Taiwan memperkenalkan dua buah laptop terbaru mereka, iaitu MSI GE63 Raider RGB dan juga MSI GT75VR Titan Pro.

Malangnya, spesifikasi untuk kedua-dua laptop ini masih lagi dirahsiakan oleh pihak MSI, tetapi melalui laptop-laptop ini, MSI menunjukkan beberapa teknologi yang sedang mereka bina, kebarangkalian khusus untuk peranti gaming mereka di masa akan datang.

Laptop MSI GE63 Raider RGB hadir dengan Sistem Pencahayaan Rgb yang terbaru dari MSI, yang dapat dilihat dari belakang paparan skrin dan juga tepi laptop tersebut. MSI berkata bahawa sistem pencahayaan RGB ini mempunyai 22 juta warna dan 12 zon RGB yang boleh diubahsuai melalui perisian SteelSeries Engine 3 ataupun MSI Dragon Centre.

Laptop MSI GT75VR Titan Pro pula hadir dengan cip WiFi Killer Wireless-AC 1550, sebuah cip WiFi yang dibina oleh Killer dengan kerjasama dari Intel. Menurut MSI, cip ini hadir dengan kadar penghantaran data 1.73Gbps, cukup laju untuk bermain permainan dalam-talian dan juga menstrim ke laman-laman penstriman seperti YouTube dan Twitch.

Selain daripada spesifikasi laptop-laptop ini, MSI juga tidak mengumumkan bilakah laptop-laptop ini akan hadir di pasaran dunia. Kebarangkalian besar kita hanya akan mengetahui butiran-butiran tersebut di acara Computex Taipei kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

MSI Memperkenalkan Sistem Pencahayaan LED RGB Terbaru Melalui Laptop GE63 Raider RGB Dan GT75VR Titan Pro

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×