Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jualan Komputer Peribadi Merosot 2.8% Pada Tahun 2017

Setiap tahun kita diingatkan bahawa dunia secara ialah dunia pasca PC. Keperluan untuk memiliki Komputer Peribadi sudah berkurangan kerana telefon pintar di tangan mampu melakukan hampir kesemua keperluan harian. Gartner telah berkongsi angka jualan komputer peribadi sepanjang 2017. Seperti dijangka, jualannya merosot lagi tahun lalu.

Secara keseluruhan sebanyak 262 juta komputer peribadi dijual tahun lalu berbanding 270 juta pada tahun 2016. Ini ialah penurunan sebanyak 2.8%. HP ialah pengeluar komputer peribadi nombor satu dunia dengan pegangan 21% pasaran diikuti oleh Lenovo (20.8%), Dell (15.2%) , Apple (7.4%) dan Asus (6.5%).

Tahun lalu HP, Dell dan Apple menunjukkan peningkatan jualan. Asus dan Lenovo pula sebaliknya dengan Asus mengalami penyusutan drastik 12.3%.  Walaupun kita di kini di dunia pasca PC, kami secara peribadi masih memerlukannya kerana skrin telefon pintar yang masih terlalu kecil dan perisian penting tiada dalam versi aplikasi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Jualan Komputer Peribadi Merosot 2.8% Pada Tahun 2017

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×