Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengenalan iPhone SE Dan iPad Pro Baru Dikatakan Ditangguhkan Ke 21 Mac

Apple Pada Bulan Mac Ini Dikatakan Akan memperkenalkan kemaskini kepada produk mereka, terutamanya memperkenalkan dua produk baru, iaitu iPhone SE dan juga Ipad Pro Bersaiz 9.7-inci. Ia sebelum ini dikatakan akan diperkenalkan pada pertengahan Mac, dan mengikut beberapa laporan baru, ia dikatakan ditangguhkan ke 21 Mac.

Laporan baru ini hadir daripada beberapa sumber berbeza, dan pihak Apple masih belum mengeluarkan sebarang jemputan media untuk acara baru mereka Buat Masa Ini.

iPhone SE dikatakan akan menawarkan pelbagai fungsi iOS terkini pada peranti bersaiz 4-inci, sesuai untuk mereka yang inginkan peranti bersaiz kompak dan bukan sesuatu yang besar. Ia dijangka akan menggunakan rekabentuk seumpama iPhone 5 sebelum ini, tetapi menyertakan beberapa ciri-ciri daripada iPhone 6s.

Selain iPhone, Apple turut dijangka akan mengumumkan Ipad Pro bersaiz 9.7-inci, menawarkan lebih pilihan kepada pengguna yang tidak gemarkan iPad Pro bersaiz 12-inci sebelum ini.

Buat masa ini, tarikh acara Apple ini masih belum disahkan – tetapi daripada pelbagai perkara yang kita dengar akhir-akhir ini, apa yang pasti adalah mereka akan mengumumkannya pada bulan Mac 2016 ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pengenalan iPhone SE Dan iPad Pro Baru Dikatakan Ditangguhkan Ke 21 Mac

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×