Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Amazon Dilaporkan Merancang Membida Hak Penyiaran Liga Perdana Inggeris

Liga bola sepak paling popular di dunia ialah Liga Perdana Inggeris (EPL). Hak Penyiaran dijual pada nilai mencecah berbilion ringgit dan pasukan-pasukan di dalam liga mempunyai penyokong di seluruh dunia. Menurut laporkan Bloomberg, Amazon kini sedang merancang untuk membida hak penyiaran EPL.

Bidaan hak penyiaran akan dibuka pada bulan Februari. Tiga tahun yang lalu, SKY dan BT membayar GBP 5.1 bilion untuk hak penyiaran selama tiga tahun. Nilai bidaan akan datang ini dijangka meningkat lagi kerana kepopular liga yang semakin meningkat. Amazon memerlukan hak penyiaran untuk meningkatkan jumlah pelanggan Prime. Bagi pengguna pula mereka boleh menstrim permainan secara langsung terus menerusi Amazon tanpa perlu lagi melanggan kepada perkhidmatan TV satelit.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Amazon Dilaporkan Merancang Membida Hak Penyiaran Liga Perdana Inggeris

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×