Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LG Bakal Menunjukkan Projektor Padat 4K Yang Mampu Menayangkan Skrin Sebesar 150 Inci

Selain daripada televisyen OLED 8K dan pembesar suara dengan sokongan Google Assistan, LG nampaknya bakal menunjukkan sebuah lagi siri peranti yang cukup menarik di acara CES 2018 kelak, iaitu Projektor.

Produk paling menarik yang dapat dilihat daripada siri Projektor Ini merupakan sebuah projektor padat LG HU80KA yang hadir dengan sokongan resolusi 4K, dan mampu menayangkan skrin sebesar 150 inci yang cukup besar sekali.

Menarik sekali, rekaan projektor HU80KA ini cukup berbeza sekali dengan rekaan projektor yang lain. Pertama sekali, rekaannya membuatkan projektor ini berdiri tegak, dan rekaan kecilnya adalah kerana projektor ini menggunakan sistem I-shaped engine nirkaca (mirrorless) yang tidak memerlukan kanta untuk membesarkan atau mengecilkan skrin tayangan dari projektor ini.

LG juga menyatakan bahawa projektor HU80KA ini merupakan projektor paling terang mereka dengan nilai kecerahan 2500 lumens. Diantara ciri-ciri menarik yang lain yang hadir pada projektor ini termasuklah sokongan HDR, pembesar suara 7W dan juga sokongan untuk mengeluarkan audio melalui HDMI dan juga Bluetooth.

Buat masa ini, tarikh pengeluaran dan juga harga untuk projektor padat LG HU80KA ini masih belum diumumkan, dan berkemungkinan besar hanya akan diumumkan sewaktu acara CES 2018 kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

LG Bakal Menunjukkan Projektor Padat 4K Yang Mampu Menayangkan Skrin Sebesar 150 Inci

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×