Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

MWC 2016 : Alcatel Idol 4S – Dengan Kotak Yang Berubah Menjadi Kacamata Realiti Maya

Alcatel yang kini telah hadir dengan penjenamaan baru, menggugurkan nama One Touch dari nama mereka beserta logo baru, telah membuka reruai mereka dengan logo terbaru. Di ruang pameran mereka, selain dari mempamerkan komputer 2-dalam-1 yang beroperasi pada Windows 10, mereka turut mempamerkan Peranti terbaru mereka iaitu Alcatel Idol 4S.

Alcatel Idol 4S
Skrin 5.5-inci 2K
Pemproses Snapdragon 652 XPU Quad-core
Memori 3GB RAM
Storan 32GB / Kad Mikro-SD Sehingga 200GB
Ciri-ciri Kotak Menjadi Realiti-Maya, BoomKey
Kamera Utama 16 MP / Rakaman Video 2K
Kamera Depan 8MP / Rakaman Video 1080p
Sistem Android 6.0
Kapasiti Bateri 3,000 mAh

Peranti berspesifikasi tinggi ini merupakan lanjutan dari siri Idol mereka, dan ia hadir dengan rekaan yang nipis dan tampak cantik. Seperti peranti terdahulu, Idol 4S ini juga boleh digunakan secara ‘terbalik’, jadi sekiranya pengguna mengeluarkan peranti dari poket, pengguna tidak perlu risau akan orientasi telefon ini. Tiada posisi sebenar kerana kedua-dua belah atas dan bawah boleh digunakan sebagai mikrofon dan pembesar suara. Cuma mungkin perlu diorientasikan dengan tepat untuk mengambil gambar selfie.

Dari segi fizikal, telefon ini hadir dengan rekaan unibody, dan mempunyai paparan bersaiz 5.5-inci AMOLED dengan resolusi 2K 2560 x 1440 534 ppi. Dari segi keupayaan kameranya, ia mempunyai sensor pengimejan bersaiz 16MP dengan fungsi rakaman 2K. Ini salah satu perkara yang patut dipuji kerana ada pengeluar yang bertindak menyertakan rakaman pada resolusi 4K, namun memerlukan peranti tersebut tidak mempunyai paparan pada resolusi tersebut. Pada bahagian hadapan kamera ini, terdapat kamera sebesar 8MP yang mampu merakam video bersaiz 1080p dan mempunyai lampu LED.

Fungsi Boom Key merupakan antara ciri utama yang terdapat pada peranti ini. Ia terletak pada sebelah kanan peranti, dan mempunyai rekaan yang kelihatan seakan-akan butang kuasa yang terdapat pada siri peranti Sony Xperia Z. Butang ini berfungsi untuk memudahkan pengguna melakukan beberapa perkara dengan pantas, bergantung kepada aplikasi yang sedang aktif pada paparan. Seperti contoh sekiranya pengguna sedang memainkan permainan, butang ini akan menawarkan fungsi tambahan dalam permainan, dan sekiranya sedang mendengar lagu, kualiti audio akan dioptimasikan dengan hanya menekan butang ini.

Antara spesifikasi lain yang terdapat pada peranti ini adalah baterinya berkapasiti 3,000 mAh, dan ia beroperasi menggunakan Android Marshmallow. Dikatakan peranti Alcatel ini juga mempunyai 4 pembesar suara, sekaligus menambahkan kualiti audio pada peranti ini. Ini juga mungkin ada kaitan bagi menambah pengalaman sewaktu menggunakan peranti realiti-maya yang turut hadir dengan peranti ini.

Alcatel Idol 4S merupakan peranti berspesifikasi tinggi dari Alcatel, dan seperti yang dinyatakan tadi, ia hadir dengan kotak bungkusan yang juga merupakan peranti realiti-maya. Secara mudahnya apabila pengguna membeli peranti telefon pintar ini, pengguna juga akan turut memperoleh peranti tersebut, sekaligus memberikan lebih nilai kepada pembelian ini. Kotak ini direka dengan butang yang sama rekaannya dengan butang Boom Key dan butang ini yang akan menanggalkannya.

Sewaktu mencuba peranti realiti-maya ini, kami disajikan dengan pandangan dari seorang pelumba kereta F1. Dari segi kualiti gambar, ia tidaklah secantik mana, namun tidak juga terlalu buruk. Namun pengguna perlu memfokus kerana gambarnya tidak begitu tajam. Ia juga bergantung kepada resolusi kandungan rakaman tersebut.

Dari segi kelajuan peranti ini mengikut pergerakan kepala, tiada sebarang lengah masa yang ditetapkan. Selesai memakai peranti ini, tiada sebarang pening atau masalah orientasi yang dialami penguji. Selain itu, sewaktu ujian ini mungkin anda melihat kami memegang peranti realiti-maya ini. Realitinya, terdapat pengikat kepala yang turut disertakan bersama-sama peranti ini sekaligus membebaskan tangan anda daripada perlu memegang peranti realiti-maya Idol 4S ini.

Buat masa ini tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan hadir ke pasaran tempatan namun melihatkan pada harganya untuk pasaran Eropah, iaitu sekitar 449 Euro (~RM 2082) penawaran Alcatel Idol 4S yang disertakan dengan peranti realiti-maya boleh dikatakan satu tawaran yang menarik.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

MWC 2016 : Alcatel Idol 4S – Dengan Kotak Yang Berubah Menjadi Kacamata Realiti Maya

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×