Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

China Menguji Kad Pengenalan Digital Yang Dipautkan Ke WeChat

WeChat di China merupakan antara aplikasi permesejan dan perkhidmatan sosial yang popular – turut digunakan sebagai dompet digital dan sebagainya. Kini, melangkah setapak lagi kehadapan, ia juga kini bakal mengintegrasikan sokongan Kad Pengenalan Digital terus didalamnya.

Melalui projek rintis yang sedang diuji kerajaan di China, mereka membolehkan pengguna menambah Kad Pengenalan digital dengan hanya mengimbas wajah – dan ia akan menawarkan akses kepada beberapa ciri asas seperti mendaftar di kafe siber dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, pengguna boleh ke terminal yang terdapat di beberapa kawasan, dan mengimbas kad pengenalan mereka serta memautkannya ke WeChat untuk ciri menyeluruh – termasuk menggunakan kad Pengenalan Digital ini untuk pendaftaran perniagaan.

Langkah ini dijangka akan mempercepatkan lagi pelbagai proses – disamping meningkatkan sekuriti dimana kad pengenalan fizikal mungkin tidak perlu dibawa dan risau dicuri orang lain.

Buat masa ini, ciri kad pengenalan digital ini diuji secara terhad di Guangzhou, dan dijangka akan diperluaskan ke seluruh negara pada 2018 kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

China Menguji Kad Pengenalan Digital Yang Dipautkan Ke WeChat

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×