Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Hangouts Kini Boleh Digunakan Pada Firefox Tanpa Sebarang Pemalam Tambahan

Google Hangouts adalah salah satu mod komunikasi yang agak popular dikalangan sejumlah pengguna. Melaluinya, selain menghantar dan menerima teks – anda turut boleh membuat panggilan video dan suara – selain turut menggunakan ciri-ciri seperti perkongsian skrin dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, pengalamannya lebih menarik untuk digunakan pada Chrome, dan pengguna perlu memasang Pemalam Tambahan. Memandangkan Firefox telah mengurangkan sokongan pemalam luar – ia membuatkan sejumlah pengguna Firefox perlu menggunakan pelayar web Chrome setiap kali ingin menggunakan panggilan Hangouts.

Kini, ia berubah. Google telah mula menawarkan sokongan natif untuk pengguna pelayar web Firefox – membolehkan anda menggunakannya tanpa Sebarang Pemalam Tambahan. Perkara ini dijayakan dengan penggunaan teknologi WebRTC untuk panggilan video dan juga audio.

Dengan langkah ini, kini pengguna Firefox boleh menggunakan ciri Google Hangouts Tanpa Sebarang Pemalam tambahan – sekaligus kekal berhubung dengan rakan-rakan dengan mudah.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan Hangouts Call?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Hangouts Kini Boleh Digunakan Pada Firefox Tanpa Sebarang Pemalam Tambahan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×