Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Aplikasi Android Perlu Menyokong 64 Bit Bermula 2019

Sokongan 64-bit diperkenalkan pada Android 5.0 tiga tahun yang lalu. Menurut Google, kini lebih 40% peranti yang menggunakan Android mempunyai pemproses yang Menyokong 64-bit. Google melihat masa hadapan peranti yang hanya menyokong 64-bit. Oleh itu bermula Ogos 2019, kesemua Aplikasi di Google Play perlu mempunyai sokongan 64-bit.

Aplikasi yang menyokong senibina 64-bit berfungsi lebih pantas berbanding 32-bit. Pembangun perlu menyertakan sokongan ini apabila menyerahkan APK ke Google Play.

Bermula Ogos 2018 pula, Google memerlukan aplikasi baru menyokong API Level 26 yang bersamaan dengan sokongan Android 8.0 Oreo. Aplikasi lama diberikan masa lebih lama sehingga November 2018 untuk menyokong API Level 26. Keperluan baru ini dikuatkuasakan bagi membolehkan pengguna mengawal tahap kebenaran yang diberikan kepada aplikasi yang dimuat turun. Ini sekaligus meningkatkan tahap sekuriti peranti dari keadaan semasa.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Aplikasi Android Perlu Menyokong 64 Bit Bermula 2019

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×