Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Google Mulakan Pengindeksan Dengan Memfokuskan Laman Mesra Skrin Peranti Mudah-Alih

Pada hari ini, lebih ramai mengakses internet dan web menggunakan peranti mudah-alih. Dalam usaha menawarkan pengalaman yang baik untuk pengguna, Google sebelum ini telah bereksperimen dengan memfokuskan kepada laman mesra peranti mudah-alih pada Posisi Lebih Tinggi pada hasil carian.

Terkini, Google turut mengambil peluang berkongsi lanjut, dan mengatakan mereka kini dalam proses memulakan pengindeksan laman-laman yang mesra peranti mudah-alih pada hasil carian mereka.

Dengan langkah ini, Google akan memaparkan laman yang mesra peranti mudah-alih dan desktop pada posisi lebih tinggi pada hasil carian, berbanding dengan laman yang hanya mesra desktop sahaja.

Google mengatakan mereka akan memperkenalkan pembaharuan ini pada enjin carian mereka secara berperingkat. Malah, mereka turut menyediakan beberapa panduan ringkas dalam menjadikan laman sedia ada anda lebih mesra enjin carian Google yang bakal memfokuskan kepada paparan laman mesra peranti mudah-alih ini kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Google Mulakan Pengindeksan Dengan Memfokuskan Laman Mesra Skrin Peranti Mudah-Alih

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×