Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pemilik iMac Pro Perlu Ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan Apple Untuk Melakukan Penambahan RAM

Komputer desktop paling berkuasa keluaran Apple akhirnya boleh dimiliki bermula 14 Disember yang lalu. Imac Pro mempunyai kemasan Space Gray dengan harga jualan bermula dari RM 20,999 di Malaysia. Tetapi sekiranya anda mahukan iMac Pro dengan spesifikasi terbaik, bersedia untuk berbelanja sebanyak RM59,717.

Apple iMac ProTetapi berbeza dengan iMac yang dilancarkan sebelum ini, iMac Pro tidak lagi mempunyai panel belakang yang boleh dibuka sendiri oleh pemilik. Sekiranya mereka mahu Melakukan Penambahan Ram, mereka perlu menghantar komputer mereka ke pusat perkhidmatan pelanggan rasmi Apple. Jika mereka berani mencuba melakukannya sendiri, jaminan ke atas iMac Pro mereka akan terbatal.

Jadi sekiranya anda merancang untuk membeli pastikan anda memilih konfigurasi RAM yang mencukupi supaya anda tidak perlu mengusung komputer kembali ke kedai untuk menambahnya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pemilik iMac Pro Perlu Ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan Apple Untuk Melakukan Penambahan RAM

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×