Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Eksoplanet Baru Ditemui Oleh NASA Menggunakan Kecerdasan Buatan Google

Kecerdasan buatan telah mengalahkan manusia di dalam permainan Go dan catur. Di Jepun, ia menggantikan manusia di dalam firma insurans. Kepantasan arena Kecerdasan Buatan ini dibangunkan menimbulkan kerisauan di kalangan saintis seperti Prof Stephen Hawking. Tetapi tidak semu berita mengenai kecerdasan buatan adalah buruk belaka. NASA hari ini mengumumkan penemuan eksoplanet baru menggunakan kecerdasan buatan Google.

Planet Kepler-90i yang baru ditemui ini mengelilingi bintang Kepler-90. Sistem Kepler 90 kini mempunyai lapan planet. Ini meletakkan sistem ini setanding dengan Sistem Suria kita yang turut mengandungi lapan planet. Kepler-90i  yang 30% lebih besar daripada bumi melakukan orbit lengkap setiap 14.4 hari dengan suhu permukaan 800 darjah Fahrenheit,

Data dari teleskop angkasa Kepler dianalisa oleh Google A.I dimana tahap keterangan bintang digunakan bagi Mengesan Kewujudan Planet. Ribuan data yang dikumpul sebelum ini harus dianalisa secara automatik dan kadang kala oleh manusia. Tetapi kerana saiznya yang terlalu besar, teknik analisa ini mengambil masa yang terlalu lama.

Jaringan neural Google A.I diajar untuk menganalisa data yang dikumpul. Melalui ujian yang dilakukan, ia mampu mengesan kewujudan planet pada kadar ketepatan 96%. Penemuan planet-planet baru akan mengayakan lagi pemahaman kita tentang angkasa lepas dan mempercepatkan pencarian planet yang boleh dikoloni di masa hadapan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Eksoplanet Baru Ditemui Oleh NASA Menggunakan Kecerdasan Buatan Google

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×