Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Little Pepper S11 – Sebuah Lagi Peranti Dengan Rekaan Seumpama iPhone X

Rekaan iPhone X membawakan reaksi yang bercampur baur. Ada yang merasakan takuk di atas skrin mencacatkan paparan apabila menonton video. Tidak kurang juga yang merasakan ia tidak mendatangkan masalah langsung selepas Peranti digunakan. Tetapi yang pasti Rekaan iPhone X telah ditiru banyak pengeluar. Terkini ialah Little Pepper S11 yang jelas “mengambil inspirasi” dari peranti terkini Apple ini.

Rekaan Little Pepper S11 ini mengekalkan takuk skrin pada bahagian atas skrin serta dwi-kamera yang disusun menegak. Pada panel belakang logo cili padi menggantikan logo buah Apple. Bahagian sisi pula diperbuat daripada logam.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.5″ HD 16:9, dijana pemproses MediaTek MT6737, memori sebesar 1/2/3 GB RAM dan storan 16/32/64GB. Dwi-kamera utama sebesar 13+8 Megapixel dipadankan dengan dwi kamera hadapan 8+5 Megapixel. Akhir sekali peranti Android ini dilengkapi bateri sebesar 2500 mAh.

Ini peranti ketiga kami paparkan dengan Rekaan Seumpama Iphone X selepas Leagoo S9 dan Hotwav Symbol S3.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Little Pepper S11 – Sebuah Lagi Peranti Dengan Rekaan Seumpama iPhone X

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×