Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

AMD Memperkenalkan Perisian Radeon Edisi Adrenalin – Hadir Dengan Ciri-Ciri Baru Untuk Mengawal Prestasi Komputer Anda

Salah satu daripada ciri yang cukup menarik yang hadir buat para pengguna CPU AMD Ryzen dan kad grafik AMD Ryzen ialah perisian Wattman mereka yang membenarkan para pengguna untuk mengawal kebolehan dan prestasi CPU AMD Ryzen mereka daripada desktop.

Kini, AMD hadir dengan perisian Radeon Software Adrenalin Edition yang membolehkan pengguna untuk bukan sahaja mengawal kebolehan overclock kad grafik AMD Radeon, tetapi juga beberapa ciri lain yang membuatkan pengalaman bermain permainan komputer lebih menarik.

Ciri utama Perisian Radeon Adrenalin ini ialah Radeon Overlay yang memberikan anda akses satu-klik kepada  seperti Radeon ReLive yang membolehkan pengguna menstrim permainan mereka ke platform-platform strim yang popular seperti YouTube, Twitch dan Facebook, Radeon Chill yang akan mengoptimasikan permainan-permainan komputer anda supaya ia dapat dimainkan secara lancar dan juga Frame Rate Target Control dan Radeon FreeSync.

Aplikasi mudah-alih AMD Link pula membolehkan anda menukarkan peranti mudah-alih Android dan iOS kepada sebuah paparan yang boleh menunjukkan nilai prestasi komputer anda dan juga strim permainan komputer anda. Aplikasi ini juga akan memberitahu anda bila kemaskini terbaru untuk kad grafik anda hadir.

Menariknya, Perisian Radeon Adrenalin ini menyokong kad-kad grafik dari RX Vega sehinggalah AMD Radeon HD7700. Perisian Radeon Adrenalin kini boleh dimuat-turun dari laman web AMD.

Muat turn perisian AMD Radeon Adrenalin



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

AMD Memperkenalkan Perisian Radeon Edisi Adrenalin – Hadir Dengan Ciri-Ciri Baru Untuk Mengawal Prestasi Komputer Anda

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×