Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jerung Greenland Ini Ialah Haiwan Vertebrata Tertua Di Dunia Yang Dilahirkan Sebelum Kejatuhan Kesultanan Melaka

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Ini ialah ketentuan yang tidak dapat dielakkan sama ada kaya ataupun miskin. Terdapat banyak kajian mengenai proses penuaan dilakukan dan antara yang ditemui ialah amalan berpuasa mungkin boleh melanjutkan usia. Tetapi sekiranya anda ingin hidup lama, anda mungkin mahu dilahirkan sebagai seekor jerung Greenland.

Seekor Jerung Greenland ditemui tahun ini dianggarkan berusia 512 tahun. Ini menjadikannya haiwan vertebrata tertua yang masih hidup di muka bumi. Ia dilahirkan pada 1505, enam tahun sebelum kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada di tangan Portugis.

Usia jerung ini dianggarkan menerusi kajian kornea mata. Saintis mengetahui kadar pertumbuhan haiwan ini dan usianya dianggarkan selepas kornea diukur. Kertas kajian Jerung Greenland ini telah diterbitkan di dalam journal Science. Organisma tertua di dunia ialah Turritopsis dohrnii, yang merupakan spesis obor-obor. Ia secara teori boleh hidup selama-lamanya kerana boleh kembali ke usia muda apabila mengalami trauma.

Sumber Science menerusi IBTimes



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Jerung Greenland Ini Ialah Haiwan Vertebrata Tertua Di Dunia Yang Dilahirkan Sebelum Kejatuhan Kesultanan Melaka

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×