Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Dijangka Memperkenalkan Speaker Pintar Pada Awal 2018

Tahun ini menyaksikan beberapa Speaker Pintar diperkenalkan, termasuk daripada Google dan Amazon, selain Apple HomePod dan juga Microsoft dengan speaker daripada beberapa rakan kerjasama mengintegrasikan Cortana.

Samsung turut tidak ingin ketinggalan, dan telah diperkatakan bakal hadir dengan sebuah speaker pintar sejak beberapa bulan lepas. Pihak Samsung sendiri telah mengesahkannya, dan kini laporan lanjutan hadir daripada Bloomberg mengatakan Samsung akan melancarkannya pada suku pertama 2018 kelak.

Speaker pintar Samsung ini akan turut mengintegrasikan pembantu digital maya Bixby, selain memudahkan pengguna menguruskan pelbagai peralatan elektronik melalui ekosistem Samsung SmartThings.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Samsung akan melancarkannya di kebanyakkan negara ataupun hanya memfokuskan kepada negara dengan sokongan bahasa untuk Bixby sahaja.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai speaker pintar daripada Samsung ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Dijangka Memperkenalkan Speaker Pintar Pada Awal 2018

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×