Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OnePlus 5T Berharga Bermula RM2449 Di Malaysia

OnePlus 5T merupakan salah satu Telefon Pintar terbaru yang telah dilancarkan untuk penghujung tahun ini. Kini, pihak Brighstar Malaysia dilihat sudah bersedia untuk melancarkannya, dan beberapa penjual tempatan telah mula mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar berkenaan.

OnePlus 5T hadir dengan skrin 6-inci pada paparan 18:9 menggunakan rekaan hampir nirbingkai, dilengkapi cip Snapdragon 835, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan terbina sehingga 128GB.

OnePlus 5T

Ia turut menggunakan kamera belakang dwi-kamera gabungan 16MP dan 20MP, sementara kamera hadapan pula ia dilengkapi kamera selfie 16MP. Menjana Telefon Pintar Ini adalah bateri berkapasiti 3300mAh. OnePlus 5T masih menggunakan versi Android 7.1, tetapi ia turut menyertakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan nyah-kunci peranti menggunakan imbasan wajah. Bicu audio 3.5mm juga turut dikekalkan pada telefon pintar ini.

Versi 6GB Ram Dan 64GB ditawarkan di Malaysia pada harga RM2449, sementara model 8GB RAM dan 128GB storan ditawarkan pada harga RM2749.

OnePlus 5T dijangka ditawarkan bermula 23 Disember 2017 kelak, dan pengguna boleh melakukan pra-tempahan bermula hari ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

OnePlus 5T Berharga Bermula RM2449 Di Malaysia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×