Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Samsung Notebook 9 (2018) Dan Notebook 9 Pen Dengan S-Pen Terbina Dilancarkan

Samsung hari ini melancarkan komputer riba Samsung Notebook 9 Pen dan Notebook 9 (2018). Perbezaan di antara dua model ini ialah Notebook 9 Pen hadir dengan stylus S-Pen terbina.

 Kita mulakan terlebih dahulu dengan Samsung Notebook 9 Pen yang dilengkapi skrin sesentuh 13.3″ HD Penuh, pemproses Intel Core i7 generasi ke-lapan, memori sehingga 16GB DDR4, storan 512GB NVMe PCIe, kamera HD, pengimbas cap jari dan bateri sebesar 39Wh. Sebuah stylus S-Pen disertakan dengan tempat simpanan terbina.

Skrin Notebook 9 Pen boleh dilipat bagi mengubahnya menjadi seperti sebuah tablet. Komputer riba 2 dalam 1 ini turut menyokong sistem Windows Hello secara imbasan wajah serta cap jari. Papan kekunci yang digunakan adalah berlampu.

Samsung Note 9 (2018) pula hadir dalam dua pilihan skrin iaitu 15″ atau 13.3″ HD penuh tanpa sokongan sentuhan, pemproses Intel Core i7 generasi ke-lapan, memori sehingga 16GB DDR4, storan sehingga 1TB NVMe PCIe, dan bateri sebesar 75Wh. Terdapat sistem imbasan cap jari Windows Hello, papan kekunci berlampu dan juga pilihan kad grafik Nvidia GeForce MX150 dengan 2GB GDDR5.

Ketiga-tiga komputer riba ini akan dijual di Korea Selatan terlebih dahulu. Ia akan dipaparkan pada pameran CES yang berlangsung bulan hadapan di Las Vegas. Tiada maklumat mengenai harga buat masa ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Samsung Notebook 9 (2018) Dan Notebook 9 Pen Dengan S-Pen Terbina Dilancarkan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×