Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Piawaian PayNet QR Akan Diguna-Pakai Oleh Semua Bank Dan Perkhidmatan Pembayaran Di Malaysia

Maybank hari ini telah memperkenalkan Maybank QRPay, sekaligus menjadikan Maybank sebagai Bank tempatan pertama yang memperkenalkan sokongan pembayaran nirtunai berasaskan kepada imbasan kod QR.

Berkongsi bersempena dengan pelancarannya, Maybank mengatakan mereka menggunakan piawaian kod QR yang ditetapkan oleh PayNet, salah satu institusi yang dibawah Bank Negara Malaysia, dan pelbagai bank-bank tempatan yang lain.

Maybank QRPay

Melalui piawaian PayNet QR ini, ia membolehkan bank dan penyedia perkhidmatan pembayaran tempatan menggunakannya dalam menawarkan pengalaman pengguna yang selari. Langkah Ini Juga turut memudahkan penjual untuk menerima pembayaran melalui kod QR tanpa risau akan perlu memaparkan pelbagai kod QR berbeza-beza untuk bank lain-lain.

Ini juga secara tidak langsung memperlihatkan bank-bank tempatan yang lain akan turut memperkenalkan sokongan pembayaran berasaskan kod QR di Malaysia tidak lama lagi.

Menurut pihak PayNet, mereka percaya ini akan menjadi salah satu alternatif digital dalam menerima wang, sekaligus membawa Malaysia setapak ke negara digital sepenuhnya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Piawaian PayNet QR Akan Diguna-Pakai Oleh Semua Bank Dan Perkhidmatan Pembayaran Di Malaysia

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×