Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Facebook Mencuba Penawaran Pengiklanan Yang Menghubungkan Terus Ke WhatsApp

Facebook merupakan salah satu platform Pengiklanan popular, dimana ia digunakan secara meluas oleh pelbagai pihak untuk mengiklan secara digital. Kini, selain daripada penawaran pengiklanan biasa, Facebook Turut Telah Memperkenalkan bentuk pengiklanan baru, iaitu “Klik-Ke-WhatsApp”.

Melaluinya, pengiklan boleh menambah sebuah butang dengan label “Send Message”, dan apabila ditekan, ia akan terus menghubungkan pengguna dengan penjual melalui WhatsApp.

Facebook WhatsApp

Facebook mengatakan ciri pengiklanan baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengiklan di Asia, dan beberapa benua lain.

Dengan langkah ini juga, Facebook dilihat mengintegrasikan penawaran pengiklanan ke platform milik yang lain terus didalam Facebook.

Sebelum ini, gergasi sosial berkenaan turut telah memperkenalkan kebolehan mengiklan ke Instagram terus melalui Facebook. Mungkin dengan pengenalan butang “Klik-Ke-WhatsApp” ini, kita mungkin akan turut melihat beberapa kaedah integrasi lain tidak lama lagi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Facebook Mencuba Penawaran Pengiklanan Yang Menghubungkan Terus Ke WhatsApp

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×