Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Perancis Akan Mengharamkan Pelajar Dari Menggunakan Telefon Pintar Di Sekolah

Terdapat banyak teori mengenai kesan penggunaan peranti elektronik di Sekolah ke atas Pelajar. Penggunaan yang sederhana didapati meningkatkan kemampuan mereka manakala di kolej penggunaannya ketika kuliah mendatangkan kesan negatif. Perancis telah mengambil langkah serius dengan mengharamkan penggunanya oleh pelajar berusia 15 tahun ke bawah di sekolah.

PelajarDengan arahan kementerian pelajaran ini, telefon pintar boleh dibawa ke sekolah tetapi disimpan ketika sesi pelajaran berlangsung. Ia akan berkuatkuasa pada permulaan sesi baru persekolahan September 2018. Pengumuman ini mendapat reaksi berbeza dari pelajar, guru dan Ibu Bapa.

Ibu bapa merasakan ia adalah positif ke arah mengurangkan gangguan di dalam kelas. Pelajar seperti dijangka merasakan ia tindakan kurang wajar. Guru pula risau tentang bagaimana peranti akan disimpan oleh sekolah kerana jumlahnya yang banyak serta masalah kecurian.

Di Malaysia penggunaan peranti pintar akan dibenarkan ketika sesi pembelajaran bermula tahun hadapan. Di UK pula terdapat sekolah yang merampas telefon dan konsol pelajar dengan kebenaran ibu bapa ketika hampir waktu peperiksaan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Perancis Akan Mengharamkan Pelajar Dari Menggunakan Telefon Pintar Di Sekolah

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×